Pesanan Buat Gabriel

3 views

Lyrics

Buka mata, mogaku cepat tesedar dari mimpi
 Ini realiti hidup, bukan macam dalam drama bersiri
 Sehelai baju lusuh aku sarung, di medan dunia aku bertarung
 Moga kekalku berdiri di negeri ngeri
 Nak, ingat pesan ayah, hidup ini sementara
 Tapi kesementaraan ini akan banyak buat kau sengsara
 Jadi kau perlu kuat hidup bak roda bumi ini bulat
 Yang di atas tak selamanya kan di atas, tak kekal punggungnya dialas
 Jangan kau menyerah kalah selagi bernafas
 Nak, ku ingatkan, dunia ni kejam tiada toleransi
 Nak, dan ingatlah, politik tu tipu penuh konspirasi
 Banyak tabur janji, tapi semuanya dusta
 Hati-hati dengan manusia, mereka itu sering bermuka dua
 Hanya diri sendiri yang kau boleh percaya
 Banyak orang mahu senang, hingga harga diri mereka hilang
 Kerana harta dan pangkat dijulang
 Hingga sanggup saudara dibuang
 Oh tuhan tolong turunkanlah, segala bala pada mereka
 Lindungilahku dan keluargaku
 Di dalam kasih dalam rahmatmu
 Oh tuhan tolong turunkanlah, segala bala pada mereka
 Lindungilahku dan keluargaku
 Di dalam kasih dalam rahmatmu
 Nak, ingat pesan ayah, tolong jaga diri sendiri
 Jika kamu buka mata nanti, ayah tiada lagi disisi
 Nak, jaga ibumu, titipkan doa dalam tidurmu
 Semoga esok kita bertemu, di tempat indah ciptaan yang satu
 

Audio Features

Song Details

Duration
02:32
Key
5
Tempo
111 BPM

Share

More Songs by Ical Mosh

Similar Songs