Meneka Dalam Kesamaran

3 views

Lyrics

Dari sudut hati yang terluka
 Dengan niat suci yang membara
 Kucurahkan semua harapanku yang ada
 Kerana 'ku terlalu menyinta
 'Ku menyingkir tiap keindahan
 Kulepaskan apa yang kugenggam
 Tiada kuinginkan keraguanmu
 Kian berpanjangan tanpa persoalan
 Keteguhan cintaku padamu
 Membuatku tak merasa jemu
 Sering kali pertanyaan
 Yang cuba aku timbulkan
 Padamu hanya kebosanan
 Bagaikan ada kesamaran
 Di dalam sinar pengharapan
 Puas sudah mencari silapku
 Puas sudah menerka hatimu
 Tiada kutemui jawapanmu yang pasti
 Yang memberi ketenangan diri
 Keteguhan cintaku padamu
 Membuatku tak merasa jemu
 Sering kali pertanyaan
 Yang cuba aku timbulkan
 Padamu hanya kebosanan
 Bagaikan ada kesamaran
 Di dalam sinar pengharapan
 Puas sudah mencari silapku
 Puas sudah menerka hatimu
 Tiada kutemui jawapanmu yang pasti
 Yang memberi ketenangan diri
 

Audio Features

Song Details

Duration
04:00
Key
9
Tempo
148 BPM

Share

More Songs by Ibnor Riza

Similar Songs