Gong Nekara

1 views

Lyrics

Tubuh berbulu
 Mata nya merah dalam rimba
 Aku keliru angkatan ke lembaga menjelma?
 Urat kepala
 Berdenyut cemas tak tenteram
 Aku keliru
 Berbau seram dengan geram
 Aku, (aku)
 Engkau, (aku)
 Dia, (aku)
 Siapa tadi?
 Dalam rimba
 Aku diam
 Tapi tadi siapa nyanyi?
 Aku, (aku)
 Engkau, (aku)
 Dia, (aku)
 Siapa tadi?
 Dalam rimba
 Semua diam
 Aku tahu siapa nyanyi?
 Dilontar lampiran yang tak se berapa mengusik
 Nak dionarkan sakinah yang sebati di bumi muzik
 Buncah dek
 Tertumbuk akal tua picik yang mula semakin uzur kufur
 Nikmat yang diberi percuma lantas nafsunya terus menggelupur
 Rongga ritma rambang gila, "kuku bima" bacok lidah
 Longgar rima lambang nila
 Susu dijaga rosak dah diludah
 Separuh baris salam sua
 Kenal dalam dunia nista
 Pelaris dicari dalam gua
 Untuk diguna demi dusta cita
 Invasi kritikal
 Silap ritual
 Basi fizikal
 Membengkak mual
 Injaksi lirikal
 Gilap visual
 Salah magikal
 Katak berbual
 Mahu klasikal
 Beli dan jual
 Beli mistikal
 Jual mistikal
 Beribu tahun
 Berkali lantun
 Berjuta pantun
 Berjujuk lakon
 Ya!
 Pungkur panas berdarah gusi ke?!
 Hilang nafas yang tata susila!
 Ukur ganas pada kerusi je!
 Bilang "Emas" hmm jauh lagi la
 Ukur agas dengan burung hantu
 Cari nahas di gua puaka
 Mantera lahir dari jari hantu
 Natra ganas tak cari suaka
 Aku, (aku)
 Engkau, (aku)
 Dia, (aku)
 Siapa tadi?
 Dalam rimba
 Aku diam
 Tapi tadi siapa nyanyi?
 Aku, (aku)
 Engkau, (aku)
 Dia, (aku)
 Siapa tadi?
 Dalam rimba
 Semua diam
 Aku tahu siapa nyanyi?
 Pantun angkuh lantun rakus rumus
 Santun patuh jakun kamus kubus
 Seru jangan sampai tamak nama
 Deru arus angan, tambat, lambai saka
 Mata merah tangan santai
 Bila
 Diam duduk tak berantai
 Maka
 Tindak tanduk pun ter urai
 Dendam silam tusuk terburai
 Woohh
 Naik bongkak sudah sampai otak
 Sambil dongak waktu tolak
 Makhluknya rongak kepala botak
 Minda todak namun masih hidup dalam kotak
 Tayang usah, jika jiwa tu mudah melayang
 Resah tenang diri sendiri sudah di karang
 Apa lagi?
 Mahu jadi?
 Terikat dengan bayang sendiri dari dulu sampai hari ini, haaaaa...
 Aku, (aku)
 Engkau, (aku)
 Dia, (aku)
 Siapa tadi?
 Dalam rimba
 Aku diam
 Tapi tadi siapa nyanyi?
 Aku, (aku)
 Engkau, (aku)
 Dia, (aku)
 Siapa tadi?
 Dalam rimba
 Semua diam
 Aku tahu siapa nyanyi?
 Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau
 Ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau
 Mungkin dulu rimba tebal semua berbekalkan pisau
 Ini zaman sembur pucuk lagi laju dari santau
 Makin hari makin resah jiwa yang cuba ditenang
 Tewas juga hujung hari lepas hari baru menang
 Nafsu lonjak bakar hati jantung pun laju digendang
 Bila jauh jadi abdi "Masuth" puji pakai tendang
 "Murrah" gelakkan kau, aku, kita kerna dah berjaya
 Lumrah gerakan si alpa mudah lena lepas kaya
 Bukan harta, atau benda di kejar nya hanya batu
 Bukan Alpha atau Mambang yang ku gentar
 Hanya Satu (Allahuakbar... Allahuakbar...)
 Aku, (aku)
 Engkau, (aku)
 Dia, (aku)
 Siapa tadi?
 Dalam rimba
 Aku diam
 Tapi tadi siapa nyanyi?
 Aku, (aku)
 Engkau, (aku)
 Dia, (aku)
 Siapa tadi?
 Dalam rimba
 Semua diam
 Aku tahu siapa nyanyi?
 Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau
 Ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau
 

Audio Features

Song Details

Duration
04:00
Key
4
Tempo
130 BPM

Share

More Songs by Kmy Kmo'

Similar Songs