Sebelum Berakhir

1 views

Lyrics

Nampak sangat kemahiran tak terzahir, tolak tepi yang tak menarik
 Pengalaman menjadi dalil
 Bab kepakaran kau jahil
 Miskin ilmu hendakkan hasil
 Jiwa dijual rela hati dibeli azazil
 Yang kesesatan, sila tampil
 Ikut buruj kelawar sepuluh bintang yang membentuk bulan sabit
 Anak perang manifestasi kata tawan lawan cara zalim
 Kami junjung perintah raja zarim
 Jaga taring, jangan tayang jika tumpul
 Kalau kurang berani nak berdepan sila undur
 Akal kekal bijak, cepat tindak, kerap pijak, jenis gemar riak
 Buat semak dalam babak nilah
 Ini budaya jalanan, ramai benak tang peradaban
 Sambut meriah musim perayaan
 Pengayaan kata dalam tiap baris
 Aliran hampir kekotoran, mujur muncul pelapis
 Sebelum berakhir
 Cahaya kan hadir
 Menerangi hati ini
 Memandui ke destinasi
 Sebelum berakhir
 Cahaya kan hadir
 Menerangi hati ini
 Memandui ke destinasi
 Definisi hero jati diri kasi teguh
 Pesan jaga famili tak bagi orang sentuh
 Tiap saf baris kukuh bijak tangani musuh
 Bahasa tubuh tak gentar semangat tidak lusuh
 Lebih mendidik daripada menghukum
 Menjaga kebajikan pakaian makan dan juga minum
 Tak mudah lemas walau arusnya deras
 Sentiasa tenang walau tiap detiknya cemas
 Di tanah terbentang ataupun di lautan luas
 Aksi buku temu ruas bila dialun ombak ganas
 Tak terkandas di kala masa bergerak pantas
 Sentiasa baiki diri bebas dari sifat malas
 Bila cuai harap mesej ni sampai
 Tampil sebagai wakil ketika kita hidup lalai
 Serba serbi peribadi isi dalam hati
 16 baris tak cukup jadi lain tambah sendiri
 Sebelum berakhir
 Cahaya kan hadir
 Menerangi hati ini
 Memandui ke destinasi
 Sebelum berakhir
 Cahaya kan hadir
 Menerangi hati ini
 Memandui ke destinasi
 Aku buta dengan airmata, yang bertitisan
 Tapi masih boleh menulis untuk seni lisan
 Dengar kadang kala ia membisikkan
 Jadi tak jadi semuanya hal picisan tapi kau salah tafsiran
 Keperluan seharian kau sipi-sipikan
 Dalam hati ada rongga, kau enggan isikan
 Tak intai masa depan, kau gagal perisikan jangan kau menghitung hari
 Yang kau ada lagi berharga dari yang kan kemari
 Yang masih lagi ada cuba kau jangan cemari
 Sebelum ia semua hilang tanpa disadari
 Amar ma'ruf, tanpa rasa tertekan
 Tapi banyak sangat yang nak dikerjakan, alasan
 Aku di sini, takkan tinggalkan kesan
 Sebelum aku pergi, aku tinggalkan pesan
 Sebelum berakhir
 Cahaya kan hadir
 Menerangi hati ini
 Memandui ke destinasi
 Sebelum berakhir
 Cahaya kan hadir
 Menerangi hati ini
 Memandui ke destinasi
 Sebelum berakhir
 Cahaya kan hadir
 Menerangi hati ini
 Memandui ke destinasi
 Sebelum berakhir
 Cahaya kan hadir
 Menerangi hati ini
 Memandui ke destinasi
 

Audio Features

Song Details

Duration
04:07
Key
4
Tempo
90 BPM

Share

More Songs by Rogue Squadron

Similar Songs