Menggenggam Suratan

3 views

Lyrics

Sendiri aku, sendiri
 Menyusuri jalan-jalan yang sepi
 Terguris hati menangis
 Merempuhi ranjau cinta berduri
 Kini tiada lagi cahaya yang menanti
 Kerana kasih telah berjauh hati
 Tiada lafaz cinta yang dulu untukku
 Antara kita nyata makin berbeza
 Kalau kutahu bercinta
 Detik akhirnya akan berpisah
 Kalau kutahu merindu
 Pada akhirnya akan terluka
 Tidak kudekati dan tidak kuingini
 Walau puisi indah membalut hati
 Kugenggam suratan yang ditakdirkan
 Kutiti jalan lurus tanpa halangan
 ♪
 Melewati diriku kenangan cinta lalu
 Bersemadi di jiwaku meronta-ronta
 Tertinggal padaku hati yang kegersangan
 Kehausan kuingin mendakap cintamu
 Setiap gelora terdampar
 Di hati yang sunyi
 Demi cintaku sedia menunggu
 ♪
 Melewati diriku kenangan cinta lalu
 Bersemadi di jiwaku meronta-ronta
 Tertinggal padaku hati yang kegersangan
 Kehausan kuingin mendakap cintamu
 Setiap gelora terdampar
 Di hati yang sunyi
 Demi cintaku sedia menunggu
 Setiap gelora terdampar
 Di hati yang sunyi
 Demi cintaku sedia menunggu
 

Audio Features

Song Details

Duration
04:25
Key
9
Tempo
144 BPM

Share

More Songs by Siti Nordiana

Similar Songs